Sejarah Penubuhan ASGURA

10-15-2023 Admin ASGURA 0 comments

Penubuhan ASGURA tercetus daripada hasrat bekas-bekas untuk menabur bakti ke atas sekolah yang dicintai, SMK Gunung Rapat Ipoh PERAK. Ianya bermula daripada pelbagai perjumpaan di kalangan batch mahupun rakan-rakan asrama secara santai terutamanya di kedai-kedai mamak bagi bertemu rakan-rakan lama, sambil mengimbau seribu satu macam peristiwa yang berlaku sewaktu zaman persekolahan yang lalu. Atas kesedaran bahawa SMKGR telah banyak berjasa dalam memupuk keperibadian dan masa depan masing-masing, maka perlunya ada satu wadah yang boleh digunakan bagi mencurah kembali khidmat bakti kepada alma mater tercinta.

Pada 26 Mei 2007, seramai 25 orang bekas-bekas pelajar telah berkumpul di Bilik Gerakan, SMKGR bagi membincangkan penubuhan alumni. Berkat usaha dan doa semua yang hadir serta sokongan dari jauh rakan-rakan yang tidak berkesempatan berada dalam majlis tersebut, maka secara rasminya Alumni SMK Gunung Rapat Ipoh PERAK atau ASGURA ditubuhkan. Saudara Mohd Shamsul bin Mohd Saad telah dipilih sebagai Yang Dipertua Penaja ASGURA.

Bermula daripada tempoh tersebut, ASGURA giat mengumpul kembali alumni dan melaksanakan aktiviti kepada ahlinya. Sebagai sebuah sekolah sukan, aktiviti sukan menjadi wadah mengukuhkan uhkwah alumni melalui penganjuran pertandingan bola sepak dan bola jaring Piala Pengetua SMKGR. Di samping itu, ASGURA turut menyampaikan sumbangan kecemerlangan kepada pelajar-pelajar SMKGR.


Komen