Aktiviti
Sejarah aktiviti ASGURA :
Tahun 2023
- Perkara : Program Ziarah Kasih
- Tarikh : 7 Oktober 2023
- Ringkasan : Pihak ASGURA telah mengadakan Program Ziarah Kasih ASGURA kepada YBhg. Dato’ Saleh Husain, mantan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia yang juga mantan Pengetua SMKGR. Pihak ASGURA mendoakan semoga beliau dan keluarga diberikan keafiatan dan sentiasa dalam lindungan rahmat kasih sayang Allah swt.
- Perkara : Program Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke 36 Tahun 2023 SMKGR
- Tarikh : 9 September 2023
- Ringkasan : Pihak ASGURA telah hadir memberi sokongan dalam kejohanan sukan yang telah diadakan di Stadium Perak.
- Perkara : Program Kunjungan Hormat kepada Pengetua SMKGR
- Tarikh : 10 Ogos 2023
- Ringkasan : AJK ASGURA sesi 2023 – 2026 telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengetua SMKGR. Pihak Pengetua telah memberikan taklimat terkini mengenai SMKGR dan juga perbincangan berkisar mengenai program/aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk manfaat bersama.
- Perkara : Mesyuarat Agung Kali ke 9 (Tahun 2023) di D’Atas Restoran, Ipoh, Perak.
- Tarikh : 8 Julai 2023
- Ringkasan : Mesyuarat bertujuan untuk memilih AJK ASGURA bagi sesi tahun 2023 – 2026.
Tahun 2022
-
Tiada aktiviti
Tahun 2021
-
Tiada aktiviti
Tahun 2020
- Tiada aktiviti
Tahun 2019
- 10 Nov 2019 : Menganjurkan Program Karnival Piala Pengetua SMKGR di SMKGR, Ipoh.
- 24 Mei 2019 : Wakil ASGURA menghadiri dan menyampaikan sumbangan zakat kepada anak-anak yatim dalam Program Khatam Al-Quran dan Sumbangan Anak-anak Yatim SMKGR di Dewan Olimpik SMKGR.
- 23 Mei 2019 : Wakil ASGURA menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama pelajar-pelajar asrama dan guru-guru SMKGR.
- 8 Mei 2019 : Mesyuarat Agung kali ke 8 (Tahun 2019) di Kafeteria UniKL RCMC, Ipoh.
- 2019 : Melancarkan kutipan derma dan memberi sumbangan kepada ahli-ahli ASGURA yang terkesan dengan covid-19. Seramai 20 ahli ASGURA telah dibantu.
- 18 Apr 2019 : Encik Azam Mudzaffar, Encik Ahmad Fuad dan Puan Salmi Tharkayah mewakili ASGURA ke Ceramah Wang Tidak Dituntut kendalian Jabatan Akauntan Negara di Bangunan Wisma Maju UMNO, Ipoh, Perak.
- 12 Apr 2019 : Wakil ASGURA menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang 2019 SMKGR di Dewan Olimpik, SMKGR serta memberi sumbangan untuk pelajar cemerlang SPM 2018.
Tahun 2018
- 2018 : Wakil ASGURA menghadiri Mesyuarat Agung PIBG SMKGR 2018.
- Sep 2018 : ASGURA memberi sumbangan 20 naskah Al-Quran untuk kegunaan asrama SMKGR.
- Ogos 2018 : ASGURA memberi sumbangan 100 helai sejadah untuk kegunaan surau SMKGR.
- 23 Jun 2018 : Mesyuarat Agung kali ke 7 (Tahun 2018) di Dewan Olimpik, SMKGR.
- 8 Mei 2018 : ASGURA memberi sumbangan kepada anak-anak yatim dalam Program Khatam Al Quran & Sumbangan Anak-anak Yatim SMKGR di Dewan Olimpik SMKGR.
- 23 – 25 Feb 2018 : Wakil ASGURA hadir sebagai pemerhati ke Kem Kepimpinan Pelajar SMKGR di Batalion ke 23 RAMD, Ipoh Perak.
- 22 Feb 2018 : Wakil ASGURA terlibat dalam perlawanan persahabatan antara pasukan YAB Menteri Besar Perak vs pasukan pilihan Kinta sempena Pemukiman YAB Menteri Besar Perak.
Tahun 2017
- 24 Dis 2017 : ASGURA mengadakan pertandingan futsal batch campuran kategori senior (2001- )
- 13 Sep 2017 : ASGURA mengadakan Karnival Tahunan ASGURA di SMKGR.2008) dan junior (2009 – 2016) di IPO Futsal.
- 16 Jul2017 : ASGURA menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Olimpik, SMKGR.
- 15 Jul 2017 : ASGURA menganjurkan pertandingan boling antara ahli di Mydin, Ipoh, Perak.
- 10 Jun 2017 : Mesyuarat Agung kali ke 6 (Tahun 2007) di Restoran Simpang Tiga, Ipoh, Perak.
- 25 Mei 2017 : Wakil ASGURA menghadiri Majlis Anugerah SMKGR.
- 1 Apr 2017 : Wakil ASGURA menghadiri perlawanan Piala Sumbangsih Menteri Pendidikan di SMKGR.
- Mac 2017 : ASGURA memberi sumbangan katil asrama puteri Sekolah Agama Tahfiz Al-Zuhri, Kampung Kepayang, Simpang Pulai, Ipoh, Perak.
- 23 Feb 2017 : Wakil ASGURA menghadiri Majlis Sukan Tahunan Kejohanan Balapan dan Padang SMKGR kali ke 31 di Stadium Mini SMKGR.
- Jan 2017 : Wakil ASGURA menyertai gotong royong kelolaan Batch 1991 di Sekolah Agama Tahfiz Al-Zuhri, Kampung Kepayang, Simpang Pulai, Ipoh, Perak.
Tahun 2016
- 23 Jul 2016 : ASGURA mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Olimpik SMKGR.
- 28 Jun 2016 : ASGURA menyertai Liga Piala Tan Sri Alimuddin di Stadium Mini SMKGR.
- 21 Mei 2016 : ASGURA menganjurkan perlawanan boling antara ahli di Mydin Ipoh, Perak.
- 21 Mei 2016 : Mesyuarat Agung Kali ke 5 (Tahun 2016)di Dewan Olimpik SMKGR.
- Apr 2016 : ASGURA menyertai perlawanan bolasepak antara ALUMNI di SMK Anderson Ipoh, Perak.
- 30 Apr 2016 : ASGURA menyertai Liga Inter Alumni Over 35 Football di Padang SMK Anderson, Ipoh, Perak.
- 16 Apr 2016 : ASGURA mengadakan perlawanan bolasepak persahabatan dengan Persatuan Artis.
- 9 Apr 2016 : ASGURA mengadakan perlawanan bolasepak persahabatan dengan Zeel Production.
- 7 Apr 2016 : Wakil ASGURA menghadiri Majlis Anugerah Pencapaian Cemerlang SMKGR.
- 9 Mac 2016 : ASGURA menyertai Liga Inter Alumni Football Open di Padang SMK Anderson Ipoh, Perak.
- Mac 2016 : ASGURA mengadakan perlawanan ALUMNI Tan Sri Alimuddin di SMKGR.
Tahun 2015
- 1 Ogos 2015 : ASGURA mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Rumpun Jati, Kolej Multimedia, Kuala Lumpur.
- Xx/xx/2015 : ASGURA menyumbang hadiah kecemerlangan sebanyak RM100.00 seorang kepada 19 pelajar cemerlang SPM 2015.
Tahun 2014 - 2012
- 31 Mei 2014 : Mesyuarat Agung kali ke 3 (Tahun 2014) di Hotel Casuarina@Meru Ipoh, Perak.
- Mengadakan perlawanan bolasepak persahabatan dengan 7Wave di Padang Sultan Abdul Jalil Ipoh, Perak.
- ASGURA mengadakan Jamuan Hari Raya 2014 di Homestay Sg Rokam, Ipoh, Perak.
- Menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran bekas pelajar SMKGR batch 1990 di Dewan Bankuasi Carsem, Ipo, Perak.
- Mengadakan Majlis Santai Raya ASGURA 2012 di Restoran Tudung Saji, Ipoh, Perak.
- Menghantar satu pasukan ke perlawanan futsal DUN Sg Rapat di Gelanggang Rakyat Arena Square, Batu Gajah, Perak.
- Memberi sumbangan sebanyak RM2,000 kepada SMKGR sempena Temasya Sukan Tahunan SMKGR 2013.
- Menyertai acara larian 4x100 meter di Temasya Sukan Tahunan SMKGR 2013.
- Majlis Riang Riuh ASGURA 2013 di Restoran Bintara, Ampang, Ipoh, Perak.
- Perlawanan bolasepak persahabatan antara ASGURA dengan SMKGR di Stadium Mini SMKGR.
Tahun 2012 – 2009
- 19 Mei 2012 : Mesyuarat Agung Kali ke 2 (Tahun 2012) di Dewan Olimpik SMKGR.
- Menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang SMKGR Tahun 2009, 2010 dan 2011.
- Yang Dipertua ASGURA telah dijemput merasmikan Hari Terbuka Asrama SMKGR 2009 dan 2010.
- Mengadakan Ceramah Program Motivasi Kerjaya 2009.
- Mengadakan perlawanan persahabatan bolasepak dan bola jaring dengan SMKGR pada tshun 2009 dan 2010.
- Menghadiri Majlis Berbuka Puasa Asrama SMKGR 2010.
- Memberi sumbangan sebanyak RM3,000.00 kepada SMKGR untuk kegunaan asrama pada tahun 2010.
- Mengadakan Program Ceramah Motivasi Sukan 2011.
- Memberi sumbangan sebanyak RM5,000.00 kepada penganjur Majlis Perjumpaan Bekas Pelajar-pelajar ex-SMKGR 2012.
- Mengadakan kutipan dan memberi sumbangan sebanyak RM2,000.00 kepada Kelab Percussion SMKGR.
- Memberi sumbangan melalui Tabung Kebajikan ASGURA sebanyak RM2,400.00 kepada bekas pelajar dan bekas guru pada tahun 2012.
- Memberi sumbangan melalui Tabung Kebajikan ASGURA kepada pelajar-pelajar SMKGR yang terilih tahun 2012.
- Memberi sumbangan sebanyak RM1,000.00 kepada Pusat Sumber SMKGR,
- Menyumbang 500 naskah surah yasin untuk kegunaan asrama dan 300 naskah kepada tetamu Mesyuarat Agung ASGURA (Tahun 2012).
- Mendadakan pertandingan Futsal ASGURA Friendly Cup antara bekas pelajar Tahun 2012.
Tahun 2009
- 22 Mac 2009 : Mesyuarat Agung Kali Pertama (Tahun 2009) di Dewan SMKGR.
Tahun 2008
- Tiada aktiviti
Tahun 2007
- 26 Mei 2007 : Mesyuarat Jawatankuasa Penaja di SMKGR.