Pihak ASGURA telah menganjurkan Karnival Sukan ASGURA 2023 bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan ukhwah alumni di samping menyemai amalan hidup sihat melalui bersukan. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang sehari karnival tersebut berlangsung seperti pertandingan bola sepak, bola jaring, dart, memasak, cabaran teh tarik, burger GTR Challenge mewarna dan saringan kesihatan. Gerai aneka jualan makanan dan minuman turut disediakan. Karnival tersebut diadakan di SMK Gunung Rapat Ipoh.