LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI TAHUNAN BERAKHIR 3O JUN 20
LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI TAHUNAN BERAKHIR 3O JUN 2024
ALUMNI SMK GUNUNG RAPAT IPOH, PERAK
|
Bil. |
Tarikh |
Aktiviti |
|
1. |
8 Julai 2023 |
Mesyuarat Agung Kali ke 9 (Tahun 2023) di D’Atas Restoran, Ipoh, Perak bertujuan untuk memilih AJK ASGURA bagi sesi tahun 2023 – 2026.
|
|
2. |
10 Ogos 2023 |
Kunjungan Hormat kepada Pengetua SMKGR oleh AJK ASGURA sesi 2023 – 2026 bertujuan untuk membincangkan mengenai program/aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk manfaat bersama.
|
|
3. |
12 Ogos 2023 |
Pihak ASGURA menganjurkan Fantasy Premier League ASGURA 23/24 yang disertai sebanyak 60 pasukan.
|
|
4. |
9 September 2023 |
Pihak ASGURA telah hadir memberi sokongan Program Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke 36 Tahun 2023 SMKGR yang telah diadakan di Stadium Perak.
|
|
5. |
7 Oktober 2023 |
|
|
6. |
18 November 2023 |
ASGURA menganjurkan perlawanan bola sepak persahabatan dengan pasukan alumni SMK Anderson yang berjaya mengumpulkan bekas-bekas pemain yang pernah mewakili negeri Perak dan Malaysia. Perlawanan persahabatan ini diadakan di padang Sultan Abdul Jalil Ipoh, Perak bertujuan untuk mengukuhkan ikatan bersaudaraan dan melebarluaskan jaringan kerjasama dengan alumni. ASGURA tewas 2 – 7 dengan alumni SMK Anderson.
|
|
7. |
1 Disember 2023 |
ASGURA telah mengaktifkan laman web rasmi ASGURA di www.asgura.com. Laman web ini akan menjadi rujukan maklumat mengenai kegiatan ASGURA selain membolehkan alumni untuk membuat pendaftran keahlian secara online.
|
|
8. |
13 Disember 2023 |
Yang Dipertua dan Naib Yang Dipetua 1 ASGURA telah hadir ke Majlis Graduasi SMK Gunung Rapat Ipoh di Hotel Casuarina Meru bertujuan meraikan pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan menamatkan pengajian. Pihak ASGURA turut memberi sumbangan sebanyak RM1,000.00 bagi menjayakan majlis tersebut.
|
|
9. |
14 Disember 2023 |
Saudara Mohd Nasir AJK ASGURA mewakili ASGURA ke Majlis Solat Hajat Perdana SPM dan STPM Tahun 2023 di Masjid Sultan Azlan Shah Jalan Dairy Ipoh. Majlis ini dianjurkan bersama oleh SMK Gunung Rapat, SMK Rapat Setia, SMK Seri Ampang, SMK Wira Jaya dan SMK Raja Chulan.
|
|
10. |
24 Disember 2023 |
Pihak ASGURA telah menganjurkan Karnival Sukan ASGURA 2023 bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan ukhwah alumni di samping menyemai amalan hidup sihat melalui bersukan. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang sehari karnival tersebut berlangsung seperti pertandingan bola sepak, bola jaring, dart, memasak, cabaran teh tarik, burger GTR Challenge mewarna dan saringan kesihatan. Gerai aneka jualan makanan dan minuman turut disediakan. Karnival tersebut diadakan di SMK Gunung Rapat Ipoh.
|
|
11. |
13 Januari 2024 |
Sdr Dr. Zool Hilmi (Biro Pendidikan & Tugas-tugas Khas) telah hadir mewakili ASGURA bagi menyokong pasukan SMKGR menentang pasukan Kinta Utara dalam perlawanan akhir Kejohanan Piala XOX 2023 di Kompleks Bolasepak Perak, Chepor, Perak.
|
|
12. |
20 Januari 2024 |
Yang Dipertua, Setiausaha dan Puan Asmah mewakili ASGURA hadir memeriahkan Karnival GR (Keusahawanan & Ko-kurikulum) anjuran SMKGR. Pihak ASGURA turut memberikan sumbangan sebanyak RM790.00 kepada pihak SMKGR bagi menjayakan program tersebut.
|
|
13. |
23 Januari 2024 |
Yang Dipertua dan Sdr Mohd Khairuddin (Bendahari) telah mengadakan perbincangan awal dengan pihak Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) untuk menjayakan program “Jom Membaca” bagi menyokong usaha Kerajaan dalam usaha melahirkan budaya kritis melalui pembudayaan ilmu. Program “Jom Membaca” dicadangkan untuk diadakan dalam bulan Jun 2024 di SMKGR.
|
|
14. |
4 April 2024 |
Pihak ASGURA telah memberikan sumbangan ikhlas sebanyak RM1,000.00 untuk membantu anak-anak yatim/miskin SMKGR menyambut Aidilfitri.
|
|
15. |
30 April 2024 |
Pihak ASGURA telah hadir memeriahkan Majlis Sambutan Mega Raya SMKGR yang telah diadakan di Dewan Olimpik SMKGR.
|
|
16. |
2 Mei 2024 |
Pihak ASGURA telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM300.00 kepada Sdr Azhari Abd Ghani (Batch 92) yang terlibat kemalangan dan sedang dirawat di Hospital Pantai Ipoh. |
|
17.
|
5 Mei 2024 |
SMKGR menerima surat kelulusan permohonan peruntukan bagi kerja-kerja mengecat bangunan sekolah berjumlah RM100,000.00 daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri susulan daripada surat sokongan YDP ASGURA kepada YAB Timbalan Perdana Menteri pada 8 September 2023. |
-