Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat (SMKGR) yang terletak di Jalan Teoh Kim Swee, Ipoh Perak ditubuhkan pada tahun 1984. Pada awal penubuhannya, hanya terdapat 6 buah kelas iaitu 3 Kelas Peralihan dan 3 Kelas Tingkatan Satu. Selain menerima pelajar-pejar daripada sekolah rendah berhampiran seperti Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Rokam, SK Sungai Rapat dan SJK(C) Gunung Rapat, Ipoh, sekolah ini juga menerima pelajar-pelajar luar bandar melalui Program Rancangan Khas dari sekolah asrama desa di Pasir Panjang Ulu, Batu Kurau dan Lenggong. Pada tahun 1988, pertama kalinya pelajar-pelajar sekolah ini menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Seterusnya, SMKGR terpilih sebagai Akademik Sukan Negeri.
Pada Mac 2007, SMKGR telah diiktiraf sebagai salah sebuah sekolah kluster kecemerlangan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekolah Kluster Kecemerlang adalah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenalpasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemajuan murid.